Kuasa
beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.
Satu contoh yang paling
popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor
kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas
seberat 4.25 gram dengan ketulenan 22 karat). Ketika
zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar.
Perkara ini diceritakan di
dalam hadis Rasulullah SAW. 14 Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada
‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada
suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak
dijual.
Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah,
pergi
kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui
lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor
kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing
tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah
seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu
dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan
kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah,
berkatilah perniagaannya.”
Okie.. fast
forward.. waktu sekarang. Rasanya boleh tak anda membeli seekor kambing
dengan harga 1 dinar?
Jawapannya.. ya, boleh!
Ada penternak kambing yang
menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing. Salah seorang penternak
kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan seekor kambing pada harga 1
dinar. Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka
farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel
sesuai untuk akikah, korban,
majlis kenduri, buat
kambing golek.
Jika anda perlukan khidmat
sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham (dirham
merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).
Jika anda berminat membeli
kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS
012-3921139.
Alamat ladang adalah
seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan
Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.
Kesimpulan.
Daripada
topik di atas kita dapat lihat bahawa emas memberikan keuntungan lumayan di
dalam jangka masa panjang. Ini kerana harganya sentiasa meningkat daripada masa
ke semasa. Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi simpanan
yang menguntungkan. Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun
disimpan beratus malah ribuan tahun. Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai
penyimpan nilai yang sangat hebat.
Inflasi
untuk syiling emas adalah 0% !!!
No comments:
Post a Comment