Tuesday, 17 September 2013

Bagaimana Bermula dengan 6 Soalan Cepu EMAS?


Bagaimana Bermula?

Di bawah ialah antara 6 soalan yang sering ditanya kepada saya.

6 Soalan Popular Emas

Soalan 1 :
Apakah yang dimaksudkan dengan simpanan emas ?

Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda, atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas untuk tujuan simpanan . Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal, iaitu emas dalam bentuk dinar, syiling, bar dan jongkong.

Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.

Emas sangat istimewa kerana :

1. Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik. Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2. Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga

3. Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa ( tidak dimamah inflasi).

4. Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya

5. Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi

6. Mudah untuk menukarkan kepada duit

7. Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya

Soalan 2 :
Siapakah yang perlu menyimpan emas?

Semua orang khususnya yang berakidahkan Allah swt sebagai Tuhan yang menjadikan dan Rasululllah s.a.w sebagai pesuruhNya  yang perlu ( tetapi saya mewajibkan pada diri sendiri) menyimpan dalam bentuk simpanan emas. Mudah saja, hanya perlu menukarkan 70-90% wang simpanan di bank-bank konvensional khususnya kepada EMAS FIZIKAL. Ini kerana wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran dan membeli barang/perkhidmatan secara tunai (on the spot).

Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik! Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi. Manakah yang anda hendak pilih, menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk jangka masa panjang?

EMAS merupakan NILAI WANG yang SEBENAR

Soalan 3 :
Di manakah saya hendak membeli emas?

Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas. Pada masa kini terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh malaysia. Tanpa perlu buka kedai emas, dealer-dealer ini mampu menjual emas berkilo-kilo. Salah satu platform yang digunakan adalah melalui blog dan laman sosial. Blog seperti http://jutawanzahab.blogspot.com/ boleh menjadi salah satu contoh dalam menjual dan membeli emas di seluruh Malaysia.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah. Bayangkan jika harga pergram anda boleh jimat sehingga RM18.

Jika 100g
= RM18 x 100 = RM1800 .. banyak bezanya!

Boleh hubungi saya: SMS/Whatsapp/Call ke 013 388 2524 
                                     (Kamal Din, Authorised Dealer GCP)


Soalan 4
Bilakah masa yang sesuai membeli emas?

i. Bila anda anda wang dan ada kesedaran ( celik emas )-teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.

ii. Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan, anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik)

Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi. Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya, cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.

iii. Beli secara konsisten setiap bulan.Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas atau anda tetapkan sasaran 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda. Seperti pelajar saya ( Pelajar Univ.), mereka memperuntukkan sebahagian dari pinjaman PTPTN mereka dengan belian 1 bulan 1 gram (harga Goldbar 999.9 pada artikel ni ditulis RM 190). Bermakna, dalam setahun mereka mampu memiliki:

12 bulan (1 thn) x 1g = 12g x 4 tahun
                                        = 48g

Pada 4 tahun akan datang iaitu pada 2017 harga emas mampu mencecah rm300++/gram, bermakna simpanan mereka sebanyak RM 14,400!! Ini baru simpanan seorang pelajar Universiti, bagaimana pula dengan kita seorang guru, akauntan, engineer, pensyarah, peniaga dan lain-lain yang tersangat mampu menyimpan lebih dari itu??

Bayangkan kalau mereka konsisten sehingga tahun 2020 ( pada masa ni Ketua Penyelidik Global Komoditi, STANDARD Chartered Bank menganggarkan harga emas mampu mencecah RM503/gram!), bermakna:

7 thn x 12g = 84g x RM503
                     = RM 42,252!!


Soalan 5 :
Sebab apa saya perlu simpan emas?

1. Nilai wang semakin jatuh
2. Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
3. Emas adalah aset yg mudah cair
4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5. Pelindung kekayaan
6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Soalan 6 :
Bagaimana saya PERLU bermula ?

Tip Simpanan Emas

1. Penyimpan

Sebagai penyimpan, anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank, anda boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.

Kemudian, rancang bajet anda. Setelah ditolak perbelanjaan, berapakah baki yang tinggal. Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara konsisten. 

Contohnya,1 dinar 1 bulan.


2. Penyimpan merangkap Dealer/peniaga

Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain). Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan. Apabila anda mempunyai banyak stok, dan dibeli awal, anda tidak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan. Untung runcit pun anda dapat, keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik. Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.  Anda tidak dapat menjual, anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda menjual, anda untung kerana anda dapat untung runcit dan buat tempahan untuk mengganti stok dengan syarikat emas

Apabila anda membuat belian balik (buyback), anda tetap untung kerana beli dengan harga ‘Kami Beli’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda. Jual dengan harga ‘Kami Jual. Anda untung 4%-8%.Keuntungan ini adalah mengikut perbezaan harga semasa dan ada masa keuntungan buyback-jual ini boleh mencecah lebih dari itu.

Contoh: Si A menjual dinar – anda beli ikut harga “kami beli” di web RM640 –anda mendapat pembeli yang ingin beli dinar-anda jual ikut harga “kami jual” di web RM770 Keuntungan yang anda perolehi ialah

RM770 - RM640 = RM130!

Itu hanya atas sekeping dinar. Bagaimana jika beberapa keping dan bayangkan jika setiap hari anda boleh membeli dan menjual semula. Untuk mendapatkan banyak belian balik, anda harus banyak menjual.


Namun berdasarkan pengalaman saya, agak kurang sekarang ini mereka yang ingin menjual emas yang dibeli. Mungkin disebabkan tahap kesedaran tentang simpanan emas semakin meningkat. Apa pun, stand by cash untuk tujuan membeli semula, dan sentiasa beritahu pelanggan yang anda bukan sahaja menjual, tetapi membeli semula, jika tidak nanti dia tidak tahu dan lebih kesian menjual di kedai emas yang harga beliannya jauh lebih rendah.

No comments:

Post a Comment