Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang
Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.
Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahun 1980-an (zaman saya sekolah rendah), kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman. Bagaimanakah dengan sekarang?
Gambar: Wang belanja saya di sekolah rendah dulu
Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket antara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangka masa yang panjang.
No comments:
Post a Comment