Menyimpan emas anda dengan selamat, InsyaAllah.
Antara persoalan utama juga apabila ramai yang bertanya saya, dimana pula nak simpan emas ni bila dah beli/simpan banyak-banyak?
Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk
menyimpan emas.
Pertama: Sudah tentu JANGAN diheboh-hebohkan.
Pertama sekali, jangan beritahu orang ramai bahawa anda membeli emas
terutamanya kepada orang yang tidak anda kenali (orang yang dikenali pun
kadang-kadang tak perlu tahu anda ada membeli emas). Anda tidak perlu bercerita
yang anda memiliki banyak emas. Apatah lagi anda pelawa orang datang ke rumah
untuk melihat koleksi emas-emas anda itu.
Kalau beli emas tu senyap aje… jangan heboh-heboh.
Kedua: Sembunyikan di rumah – kreativiti diperlukan.
Ramai orang yang menyimpan emas di rumah terutamanya pemilik
barang kemas. Ini kerana ia lebih mudah berbanding berulang-alik ke peti
simpanan selamat di bank. Anda memang boleh sembunyikan emas di rumah anda
namun anda perlukan kreativiti yang tinggi. Jangan simpan emas di tempat yang
boleh diagak oleh pencuri contohnya di dalam laci almari atau di dalam kotak
coklat Van Houten di belakang almari. Itu adalah tempat pertama yang akan
diselongkar oleh pencuri.
Pilih tempat yang tidak terjangkau oleh imaginasi orang contohnya
belakang peti ais, di dalam peti ais (dalam kiub ais), belakang jam dinding, di
dalam bekas ubat (letak di dapur), di dalam tin Nescaffe, di dalam pasir
akuarium, di dalam mangkuk tandas. Mungkin anda boleh letakkan di dalam botol
dan tanam di dalam pasu bunga di dalam rumah. Gunakan kreativiti anda. Jika anda
mempunyai duit lebih pasangkan sistem penggera untuk melindungi rumah anda
daripada di pecah masuk. Bagi saya, pencegahan adalah lebih baik.
Ketiga: Beli peti simpanan peribadi.
Peti simpanan peribadi merupakan salah satu alternatif untuk menyimpan
barang-barang berharga anda. Biasanya peti simpanan mempunyai kelebihan kalis
api. Namun harus diingatkan peti simpanan ini sendiri perlu disembunyikan daripada
pandangan mata kasar. Ia lebih kepada perlindungan daripada pembantu rumah yang
tidak jujur atau anak-anak yang suka menyelongkar. Jika pencuri memasuki rumah
anda dan melihat peti ini, besar kemungkinan mereka akan cuba memecahkannya.
Keempat: Simpan di peti deposit selamat bank
Perkhidmatan peti deposit selamat atau dikenali sebagai safe deposit box ada
ditawarkan oleh bank.
Contohnya Maybank, Public Bank, RHB Bank, Ambank dan banyak lagi.
Namun tidak semua cawangan ini menawarkan kemudahan peti deposit selamat ini.
Anda perlu berhubung dengan cawangan bank tersebut dan bertanya kepada mereka.
Kebaikannya ialah emas anda lebih selamat kerana kawalan
keselamatan di bank adalah lebih tinggi berbanding di rumah. Selain itu, setiap
peti deposit selamat mempunyai insurans. Namun anda perlu semak dengan bank
berkenaan perlindungan insurans kerana biasanya nilai insurans adalah sekitar RM10,000
sahaja untuk setiap kotak.
Jika berlaku pecah masuk kepada bilik peti deposit selamat dan
kotak anda dipecahkan, maka bank cuma membayar nilai insurans sahaja. Jika anda
perlukan nilai insurans yang lebih, sila rujuk kepada bank tersebut.
Proses menyewa peti deposit selamat.
Untuk menyewa peti deposit selamat anda perlu menelefon cawangan
terbabit dan bertanya sama ada masih ada peti deposit selamat yang masih
kosong.
Peti deposit selamat terdapat di dalam pelbagai saiz, antaranya:
3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” , 3" x 10" x
24" , 4" x 10" x 24", 5" x 10" x 24" dan
10" x 10" x 24". Pada pendapat saya peti bersaiz 3" x
5" x 24" , 5" x 5" x 24” adalah memadai untuk menyimpan
emas fizikal.
Antara kos yang terlibat ialah yuran tahunan, deposit kunci dan
duti setem. Ada juga bank yang meminta
anda membuka akaun simpanan dengan mereka terlebih dahulu supaya mereka boleh
menolak yuran tahunan secara automatik. Anggaran sewa tahunan bagi
peti deposit selamat adalah di antara RM200 ke RM350 setahun berdasarkan saiz
peti anda. Sila berhubung dengan bank berkenaan untuk maklumat yang lebih
tepat.
Ini adalah senarai bank yang menawarkan kemudahan peti deposit
selamat dan nombor perhubungan mereka. Anda boleh menelefon dan bertanya jika
ada cawangan yang berhampiran tempat anda yang mempunyai kemudahan peti deposit
selamat.
1. EON bank – talian perkhidmatan pelanggan 24 jam 03-2616 1133
2. OCBC Bank – talian pertanyaan 03-2698 4363
3. Bank Muamalat – talian pertanyaan Tel : 03-2698 8787
4. Alliance Bank - tel : 03-5516 9988
5. RHB Bank - tel : 1800-88-0243
6. UOB Bank - KL : 03-2612 8121, Penang : 04-2401 121, JB :
07-2881 121,
Kuching : 082-287 121, Kota Kinabalu: 088-477 121
7. Public Bank - tel : 1-800-22-9999
8. Maybank - tel : 1-300-88-6688
Peti simpanan selamat oleh syarikat swasta.
Selain daripada bank, ada juga syarikat swasta yang menyediakan
perkhidmatan peti deposit selamat.
Di antaranya ialah:
1. Royal Safe Deposit Box
Alamat: Mentari Business Park,
No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.
Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222
Laman web: http://www.rsdb.com.my
Saiz kotak:
5.12” x 5.3” x 23” sewa tahunan RM310
3.0” x 5.3” x 15” sewa tahunan RM280
3.4” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM370
5.12” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM460
10.25” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM540
Perlindungan insurans untuk setiap kotak adalah sehingga
RM100,000.
2. Safe Deposit Box Sdn Bhd (795581-A)
Alamat: Lot C312 & C313,
Centre Wing, Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya (tel: 03-77278689)
Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
Cawangan The Summit Subang USJ
Lot S2.15, 2nd Floor, The Summit Subang,
USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1,
47600 , UEP,
Subang Jaya (tel: 03-80248889)
Laman web: http://www.safedepositbox.com.my
http://www.safedepositbox.com.my/en/maps.php?page=maps/index
Saiz kotak dan kadar sewa untuk Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
Saiz kotak Sewa tahunan Sewa untuk 2 tahun
(pelan jimat)
3” x 5” X 24” RM 130 RM 80
5” x 5” x 24” RM 150 RM 100
3” X 10” X 24” RM 170 RM 120
5” x 10” x 24” RM 200 RM 150
10” x 10” x 24” RM 250 RM 200
Perlindungan insurans ditawarkan sehingga RM10,000. Pelanggan
boleh menambahkan nilai
insurans sehingga RM80,000 (tambah RM20 untuk setiap nilai
insurans tambahan
RM10,000).
3. MySafeBox Sdn. Bhd
.
No. 25, Jalan Utama SR1/9, Serdang Raya,
Sek 9, 43300, Seri Kembangan, Selangor
telefon: 03 - 8941 2228
Saiz peti yang ditawarkan:
3. Extra besar (saiz 15” x 10” x 24”) sewa tahunan RM900
4. Besar (saiz 10” x 10” x 24”) sewa tahunan RM800
5. Sederhana (saiz 5” x 10” x 24”) sewa tahunan RM388
(Jika anda mengambil pakej 3 tahun sewa tahunan adalah RM238.)
Jika anda tinggal di Alor Setar, Kedah, ada sebuah syarikat safe
deposit box swasta yang
menawarkan kemudahan peti simpanan selamat iaitu Alor Setar Safe
Box Sdn. Bhd.
Alamat syarikat:
Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd
Lot 4, tingkat bawah
No. 55 Bangunan EMUM
Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan
Mergong 2,
05150 Alor Setar, Kedah
Telefon: 04-7332425
Saiz peti yang ditawarkan :-
Kecil : 3" x 10" x 24"
(sewa RM200 setahun)
Sederhana : 5" x 10" x 24"
(sewa RM300 setahun)
Besar : 10" x 10" x 24"
(sewa RM600 setahun)
wf safetylocker sdn bhd di juru,penang pun ade.
ReplyDeletetarmizi011111@gmail.com
ReplyDelete