Thursday, 31 October 2013

Simpanan EMAS melalui Barang Kemas


Antara produk emas yang dikeluarkan oleh GCP ialah barang kemas 916 & 999, dinar dan jongkong(goldbar).

Barang kemas amat sesuai jika dijadikan simpanan emas bagi jangka masa sederhana dan panjang. Ini kerana barang kemas seperti rantai tangan dan leher mempunyai susut nilai yang tinggi iaitu dalam 25% sehingga 40%. Contoh mudah yang boleh kita lihat di sini seperti:

Rantai Tangan Pasir 10g yang dibeli pada hari ini 135/g = RM1350 . Dan jika dijual di mana-mana kedai emas pada, harganya akan menjadi RM1,012.5 sahaja kerana susut nilainya sebanyak 25%. Jadi, kita dah rugi RM337.5.

Berbeza jika kita menyimpan barang kemas tadi untuk tempoh masa 7 tahun dari sekarang kerana harga emas pada masa itu mampu mencecah 500/g. Mari kita lihat untung @ rugi sekiranya kita menjualnya.

Harga Rantai Tangan Pasir 500/g x 10g   = RM5000.
Susut nilai 25%                                   = RM1250
Harga Semasa                                     = RM3750 ( Untung RM2400)


Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”

Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan simpanan dan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli goldbar, syiling emas dan juga dinar emas”.

Jadi, jika anda ingin membuat keuntungan melalui simpanan dan pelaburan barang kemas maka anda perlu memilih barang kemas terbaik. Ini membolehkan anda memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas tersebut.

Kelebihan dan kelemahan membuat pelaburan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.

2. Kelebihan daripada segi zakat emas (sila rujuk bab zakat emas dan perak).

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

Kelemahan barang kemas.
1. Harganya lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM.

2. Ada kos upah tukang. Upah ini pula bergantung kepada reka bentuk barang
kemas tersebut. Semakin sukar reka bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.

3. Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding goldbar dan dinar (antara 25% sehingga 40%)

4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek).

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Ini kerana ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan.

6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata. Ini kerana kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja. Batu permata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan kembali.

Bagaimana memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas.

Tip 1: Selidik sama ada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my). Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun ada kedai emas yang menjual emas di bawah harga FGJAM. Yang penting anda perlu bertanya. Cara mudah untuk dapatkan info harga emas, sila sms GCP BUY dan hantar ke 32828 @ PM saja saya ke 013 3882524 (24 jam).

Tip 2: Selidik kos upah tukang untuk reka bentuk kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian anda boleh tawar-menawar untuk mendapat harga upah terbaik.

Katakan anda sukakan sebentuk cincin di bawah, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang untuk reka bentuk tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang di antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun reka bentuk adalah sama (sehingga 100% perbezaan).


 Gambar: Cincin 916

Adakalanya, kos yang perlu anda bayar bagi upah tukang ni dari RM40 sehingga RM400. Wow, banyak tu..

Namun anda boleh jimat 100% dari menanggung kos ini dengan hanya mendapatkan barang kemas pilihan hati anda melalui saya sahaja. Tanpa Kos Upah Tukang dan Penghantaran PERCUMA.

Cara mudah untuk membeli barang kemas anda, hanya klik di sini:

Tip 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Gred emas untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas di bawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).

Ini kerana, ramai para pembeli yang tertipu dengan mutu barang  kemas yang dibeli dek kerana harga yang ditawarkan amat rendah dan murah berbanding harga di kedai-kedai emas yang lain.


Tip 4: Pilih rekabentuk yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang lebih tebal dan kasar.

Elakkan reka bentuk yang nipis @ halus. Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi. Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susut nilai 25%.

Satu lagi kelebihan reka bentuk emas yang padu ialah ia boleh memberikan bacaan ketumpatan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada Ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas yang tepat.


Gambar: Rantai Tangan 916 (22 karat) 27.89g


Tip 5: Pilih reka bentuk tanpa sebarang batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas di bawah gred 916 dan ada batu permata. Ini kerana barang kemas yang mempunyai batu permata tidak boleh diuji menggunakan mesin densimeter. Kemudian apabila anda jual balik kedai emas akan mentafsirkan nilai barang kemas anda berdasarkan berat emas sahaja.

Tip 6: Pilih kedai yang boleh membeli balik emas mereka dengan nilai yang lebih baik. Walaupun susutnilai di kedai emas adalah antara 25% sehingga 40% namun tidak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan jika mereka membeli balik barang kemas mereka dengan harga yang lebih baik. Anda boleh mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai
berkenaan (resit asal mungkin perlu disertakan semasa menjual balik).

Contoh terbaik barang kemas untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
Setelah membaca tip di atas, saya pasti anda sudah pandai memilih barang kemas yang terbaik dan mampu memberikan pulangan maksimum kepada anda

Di sini saya ingin memberikan contoh terbaik barang kemas yang boleh memaksimumkan keuntungan anda.

Kelebihan barang kemas GCP.

1. Harga yang lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM161/gram (belum termasuk upah).


Namun, harga barang kemas GCP  ketika artikel ini ditulis (1/11/2013 @ 4.15 pagi) hanyalah RM144.92 segram! Dengan kata lain pembeli dapat berjimat sehingga RM16.08 segram. Bermakna, sekiranya anda membeli rantai tangan melur GCP 30g hari ini..anda jimat sebanyak RM 482.4!

2. Tidak ada kos upah tukang (workmanship).
Barang kemas GCP tidak mempunyai kos upah tukang. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimumkan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa GCP.

3. Penghantaran PERCUMA
Pembeli tidak perlu memikirkan kos penghantaran yang perlu dibayar kerana perkhidmatan terbaik GCP menawarkan `free postage` sehingga melangkaui Sabah dan Sarawak. Segala kos dan risiko ditanggung oleh pihak GCP. Namun sehingga kini setelah hampir 5 tahun beroperasi dengan hampir 5000 orang pengedar seluruh Malaysia,Alhamdulillah barang kemas selamat sampai ke tangan pembeli.

4. Kualiti emas 916 dan 999.9
Barang kemas GCP mempunyai kualiti 916 (22 karat) dan 999.9 (24 karat). Ia membolehkan para pembeli mempunyai pilihan terbaik untuk simpanan dan pelaburan. Namun, barang kemas 916 lebih praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9.

5. Reka bentuk yang padu dan tebal.
Bagi memastikan produk barang kemas tahan lasak, GCP memilih reka bentuk yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok.

Ketahanan adalah aspek penting bagi produk GCP. Selain itu, reka bentuk yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

6. Reka bentuk tanpa batu permata. 100% emas padu.
Produk barang kemas GCP tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimumkan keuntungan apabila anda menjual balik barang kemas ini kepada GCP.

Nota penulis: Pihak GCP juga ada mengeluarkan produk barang kemas dengan batu permata yang bling bling. Jadi, para pembeli juga mempunyai pilihan yang terbaik mengikut citarasa mata dan hati J



7. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal. Jadi, selain daripada memakai barang kemas sebagai perhiasan anda boleh mencairkannya kepada tunai untuk modal perniagaan atau aktiviti yang boleh menjana keuntungan.

Friday, 4 October 2013

Di mana Anda?



 
Saya Seorang Yang Celik Emas

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula.

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

6.Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7.Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.

Sabda Nabi Muhammad SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”

-Riwayat At Tarmizi

Saya Seorang  Peminat Emas

1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas

2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas

3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas

4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Saya Seorang Yang Buta Emas

1.Tidak tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.

2.Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas

3.Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.
4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada caranya.

5.Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)

6.Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.

Monday, 23 September 2013

Kejatuhan nilai wang kertas

 Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.

Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahun 1980-an (zaman saya sekolah rendah), kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman. Bagaimanakah dengan sekarang?



Gambar: Wang belanja saya di sekolah rendah dulu 

Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket antara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangka masa yang panjang.



Hebatnya Kuasa Beli 1 Dinar Dulu & Sekarang !!

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.

Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan 22 karat).  Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar.



Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW. 14 Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak
dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah,
pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.” Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Okie.. fast forward.. waktu sekarang. Rasanya boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?

Jawapannya.. ya, boleh! 

Ada penternak kambing yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing. Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan seekor kambing pada harga 1 dinar. Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban,
majlis kenduri, buat kambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).

Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS


En. Abdullah
012-3921139.

Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Kesimpulan.
Daripada topik di atas kita dapat lihat bahawa emas memberikan keuntungan lumayan di dalam jangka masa panjang. Ini kerana harganya sentiasa meningkat daripada masa ke semasa. Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi simpanan yang menguntungkan. Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah ribuan tahun. Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.

Inflasi untuk syiling emas adalah 0% !!!


Tuesday, 17 September 2013

Dimana nak simpan EMAS ni?

Menyimpan emas anda dengan selamat, InsyaAllah.

Antara persoalan utama juga apabila ramai yang bertanya saya, dimana pula nak simpan emas ni bila dah beli/simpan banyak-banyak? 

Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk menyimpan emas.

Pertama: Sudah tentu JANGAN diheboh-hebohkan.



Pertama sekali, jangan beritahu orang ramai bahawa anda membeli emas terutamanya kepada orang yang tidak anda kenali (orang yang dikenali pun kadang-kadang tak perlu tahu anda ada membeli emas). Anda tidak perlu bercerita yang anda memiliki banyak emas. Apatah lagi anda pelawa orang datang ke rumah untuk melihat koleksi emas-emas anda itu.

Kalau beli emas tu senyap aje… jangan heboh-heboh.

Kedua: Sembunyikan di rumah – kreativiti diperlukan.

Ramai orang yang menyimpan emas di rumah terutamanya pemilik barang kemas. Ini kerana ia lebih mudah berbanding berulang-alik ke peti simpanan selamat di bank. Anda memang boleh sembunyikan emas di rumah anda namun anda perlukan kreativiti yang tinggi. Jangan simpan emas di tempat yang boleh diagak oleh pencuri contohnya di dalam laci almari atau di dalam kotak coklat Van Houten di belakang almari. Itu adalah tempat pertama yang akan diselongkar oleh pencuri.



Pilih tempat yang tidak terjangkau oleh imaginasi orang contohnya belakang peti ais, di dalam peti ais (dalam kiub ais), belakang jam dinding, di dalam bekas ubat (letak di dapur), di dalam tin Nescaffe, di dalam pasir akuarium, di dalam mangkuk tandas. Mungkin anda boleh letakkan di dalam botol dan tanam di dalam pasu bunga di dalam rumah. Gunakan kreativiti anda. Jika anda mempunyai duit lebih pasangkan sistem penggera untuk melindungi rumah anda daripada di pecah masuk. Bagi saya, pencegahan adalah lebih baik.

Ketiga: Beli peti simpanan peribadi.

Peti simpanan peribadi merupakan salah satu alternatif untuk menyimpan barang-barang berharga anda. Biasanya peti simpanan mempunyai kelebihan kalis api. Namun harus diingatkan peti simpanan ini sendiri perlu disembunyikan daripada pandangan mata kasar. Ia lebih kepada perlindungan daripada pembantu rumah yang tidak jujur atau anak-anak yang suka menyelongkar. Jika pencuri memasuki rumah anda dan melihat peti ini, besar kemungkinan mereka akan cuba memecahkannya.

Keempat: Simpan di peti deposit selamat bank

Perkhidmatan peti deposit selamat atau dikenali sebagai safe deposit box ada ditawarkan oleh bank.
Contohnya Maybank, Public Bank, RHB Bank, Ambank dan banyak lagi. Namun tidak semua cawangan ini menawarkan kemudahan peti deposit selamat ini. Anda perlu berhubung dengan cawangan bank tersebut dan bertanya kepada mereka.


Kebaikannya ialah emas anda lebih selamat kerana kawalan keselamatan di bank adalah lebih tinggi berbanding di rumah. Selain itu, setiap peti deposit selamat mempunyai insurans. Namun anda perlu semak dengan bank berkenaan perlindungan insurans kerana biasanya nilai insurans adalah sekitar RM10,000 sahaja untuk setiap kotak.

Jika berlaku pecah masuk kepada bilik peti deposit selamat dan kotak anda dipecahkan, maka bank cuma membayar nilai insurans sahaja. Jika anda perlukan nilai insurans yang lebih, sila rujuk kepada bank tersebut.

  
Proses menyewa peti deposit selamat.

Untuk menyewa peti deposit selamat anda perlu menelefon cawangan terbabit dan bertanya sama ada masih ada peti deposit selamat yang masih kosong.

Peti deposit selamat terdapat di dalam pelbagai saiz, antaranya: 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” , 3" x 10" x 24" , 4" x 10" x 24", 5" x 10" x 24" dan 10" x 10" x 24". Pada pendapat saya peti bersaiz 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” adalah memadai untuk menyimpan emas fizikal.

Antara kos yang terlibat ialah yuran tahunan, deposit kunci dan duti setem.  Ada juga bank yang meminta anda membuka akaun simpanan dengan mereka terlebih dahulu supaya mereka boleh
menolak yuran tahunan secara automatik. Anggaran sewa tahunan bagi peti deposit selamat adalah di antara RM200 ke RM350 setahun berdasarkan saiz peti anda. Sila berhubung dengan bank berkenaan untuk maklumat yang lebih tepat.



Ini adalah senarai bank yang menawarkan kemudahan peti deposit selamat dan nombor perhubungan mereka. Anda boleh menelefon dan bertanya jika ada cawangan yang berhampiran tempat anda yang mempunyai kemudahan peti deposit selamat.

1. EON bank – talian perkhidmatan pelanggan 24 jam 03-2616 1133
2. OCBC Bank – talian pertanyaan 03-2698 4363
3. Bank Muamalat – talian pertanyaan Tel : 03-2698 8787
4. Alliance Bank - tel : 03-5516 9988
5. RHB Bank - tel : 1800-88-0243
6. UOB Bank - KL : 03-2612 8121, Penang : 04-2401 121, JB : 07-2881 121,
Kuching : 082-287 121, Kota Kinabalu: 088-477 121
7. Public Bank - tel : 1-800-22-9999
8. Maybank - tel : 1-300-88-6688

Peti simpanan selamat oleh syarikat swasta.
Selain daripada bank, ada juga syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan peti deposit selamat.
Di antaranya ialah:


1. Royal Safe Deposit Box
Alamat: Mentari Business Park,

No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.
Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222

Laman web: http://www.rsdb.com.my
Saiz kotak:

5.12” x 5.3” x 23” sewa tahunan RM310
3.0” x 5.3” x 15” sewa tahunan RM280
3.4” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM370
5.12” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM460
10.25” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM540

Perlindungan insurans untuk setiap kotak adalah sehingga RM100,000.

2. Safe Deposit Box Sdn Bhd (795581-A)

Alamat: Lot C312 & C313,
Centre Wing, Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya (tel: 03-77278689)
Safe Deposit Box Sdn. Bhd.

Cawangan The Summit Subang USJ
Lot S2.15, 2nd Floor, The Summit Subang,
USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1,
47600 , UEP,
Subang Jaya (tel: 03-80248889)
Laman web: http://www.safedepositbox.com.my
http://www.safedepositbox.com.my/en/maps.php?page=maps/index

Saiz kotak dan kadar sewa untuk Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
Saiz kotak Sewa tahunan Sewa untuk 2 tahun
(pelan jimat)

3” x 5” X 24” RM 130 RM 80
5” x 5” x 24” RM 150 RM 100
3” X 10” X 24” RM 170 RM 120
5” x 10” x 24” RM 200 RM 150
10” x 10” x 24” RM 250 RM 200

Perlindungan insurans ditawarkan sehingga RM10,000. Pelanggan boleh menambahkan nilai
insurans sehingga RM80,000 (tambah RM20 untuk setiap nilai insurans tambahan
RM10,000).

3. MySafeBox Sdn. Bhd
.
No. 25, Jalan Utama SR1/9, Serdang Raya,
Sek 9, 43300, Seri Kembangan, Selangor
telefon: 03 - 8941 2228
Saiz peti yang ditawarkan:
3. Extra besar (saiz 15” x 10” x 24”) sewa tahunan RM900
4. Besar (saiz 10” x 10” x 24”) sewa tahunan RM800
5. Sederhana (saiz 5” x 10” x 24”) sewa tahunan RM388
(Jika anda mengambil pakej 3 tahun sewa tahunan adalah RM238.)

Jika anda tinggal di Alor Setar, Kedah, ada sebuah syarikat safe deposit box swasta yang
menawarkan kemudahan peti simpanan selamat iaitu Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd.



Alamat syarikat:
Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd
Lot 4, tingkat bawah
No. 55 Bangunan EMUM
Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan
Mergong 2,
05150 Alor Setar, Kedah
Telefon: 04-7332425

Saiz peti yang ditawarkan :-
Kecil : 3" x 10" x 24"
(sewa RM200 setahun)
Sederhana : 5" x 10" x 24"
(sewa RM300 setahun)
Besar : 10" x 10" x 24"
(sewa RM600 setahun)