Antara produk emas yang
dikeluarkan oleh GCP ialah barang kemas 916 & 999, dinar dan
jongkong(goldbar).
Barang kemas amat sesuai
jika dijadikan simpanan emas bagi jangka masa sederhana dan panjang. Ini kerana
barang kemas seperti rantai tangan dan leher mempunyai susut nilai yang tinggi
iaitu dalam 25% sehingga 40%. Contoh mudah yang boleh kita lihat di sini
seperti:
Rantai Tangan Pasir 10g
yang dibeli pada hari ini 135/g = RM1350 . Dan jika dijual di mana-mana kedai
emas pada, harganya akan menjadi RM1,012.5 sahaja kerana susut nilainya
sebanyak 25%. Jadi, kita dah rugi RM337.5.
Berbeza jika kita
menyimpan barang kemas tadi untuk tempoh masa 7 tahun dari sekarang kerana harga
emas pada masa itu mampu mencecah 500/g. Mari kita lihat untung @ rugi
sekiranya kita menjualnya.
Harga Rantai Tangan Pasir
500/g x 10g = RM5000.
Susut nilai 25% = RM1250
Harga Semasa = RM3750 (
Untung RM2400)
Ramai yang bertanya kepada
saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”
Saya akan menjawab:
“Emas
adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan simpanan dan pelaburan
juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung
berbanding membeli goldbar, syiling emas dan juga dinar emas”.
Jadi, jika anda ingin
membuat keuntungan melalui simpanan dan pelaburan barang kemas maka anda perlu memilih
barang kemas terbaik. Ini membolehkan anda memaksimumkan keuntungan melalui barang
kemas tersebut.
Kelebihan
dan kelemahan membuat pelaburan melalui barang kemas.
Kelebihan
barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan
boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.
2. Kelebihan daripada segi
zakat emas (sila rujuk bab zakat emas dan perak).
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan
modal.
4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan manfaat kepada
penerimanya.
5. Boleh memberikan
keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).
Kelemahan barang kemas.
1. Harganya
lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM.
2. Ada kos
upah tukang. Upah ini pula bergantung kepada reka bentuk barang
kemas
tersebut. Semakin sukar reka bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin
mahal.
3. Susutnilai
barang kemas jauh lebih tinggi berbanding goldbar dan dinar (antara 25%
sehingga 40%)
4. Boleh rosak
(putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek).
5. Susah nak gadai
di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Ini kerana
ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan.
6. Anda boleh
rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata. Ini kerana
kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja.
Batu permata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan
kembali.
Bagaimana memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas.
Tip 1: Selidik sama ada kedai emas tersebut
boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my). Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun ada kedai emas
yang menjual emas di bawah harga FGJAM. Yang penting anda perlu bertanya. Cara
mudah untuk dapatkan info harga emas, sila sms GCP BUY dan hantar ke 32828 @ PM
saja saya ke 013 3882524 (24 jam).
Tip 2:
Selidik kos upah tukang untuk reka bentuk kesukaan anda di 3-4 kedai
emas. Kemudian anda boleh tawar-menawar untuk mendapat harga upah terbaik.
Katakan anda sukakan sebentuk cincin di bawah, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang untuk reka bentuk
tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang di antara satu kedai dan kedai
lain adalah jauh berbeza walaupun reka bentuk adalah sama (sehingga 100%
perbezaan).
Gambar: Cincin 916
Adakalanya, kos yang perlu
anda bayar bagi upah tukang ni dari RM40 sehingga RM400. Wow, banyak tu..
Namun anda boleh jimat
100% dari menanggung kos ini dengan hanya mendapatkan barang kemas pilihan hati
anda melalui saya sahaja. Tanpa Kos Upah Tukang dan Penghantaran PERCUMA.
Cara mudah untuk membeli
barang kemas anda, hanya klik di sini:
Tip 3:
Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Gred emas untuk
barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas di bawah gred 916
(contohnya 20 karat atau 18 karat).
Ini kerana, ramai para
pembeli yang tertipu dengan mutu barang
kemas yang dibeli dek kerana harga yang ditawarkan amat rendah dan murah
berbanding harga di kedai-kedai emas yang lain.
Tip 4:
Pilih rekabentuk yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Kalau anda
membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang
lebih tebal dan kasar.
Elakkan reka bentuk yang
nipis @ halus. Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang
maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah.
Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati
anda sudah tak ceria lagi. Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena
potong susut nilai 25%.
Satu lagi kelebihan reka
bentuk emas yang padu ialah ia boleh memberikan bacaan ketumpatan yang tepat
apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi
anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada Ar-Rahnu dengan nilai
ketulenan emas yang tepat.
Gambar: Rantai Tangan 916 (22 karat) 27.89g
Tip 5:
Pilih reka bentuk tanpa sebarang batu permata (emas 100%). Elakkan
sama sekali membeli barang kemas di bawah gred 916 dan ada batu permata. Ini
kerana barang kemas yang mempunyai batu permata tidak boleh diuji menggunakan
mesin densimeter. Kemudian apabila anda jual balik kedai emas
akan mentafsirkan nilai barang kemas anda berdasarkan berat emas sahaja.
Tip 6:
Pilih kedai yang boleh membeli balik emas mereka dengan nilai yang
lebih baik. Walaupun susutnilai di kedai emas adalah antara 25% sehingga 40%
namun tidak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan jika mereka
membeli balik barang kemas mereka dengan harga yang lebih baik. Anda boleh
mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai
berkenaan (resit asal
mungkin perlu disertakan semasa menjual balik).
Contoh
terbaik barang kemas untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
Setelah membaca tip di
atas, saya pasti anda sudah pandai memilih barang kemas yang terbaik dan mampu
memberikan pulangan maksimum kepada anda
Di sini saya ingin
memberikan contoh terbaik barang kemas yang boleh memaksimumkan keuntungan
anda.
Kelebihan barang kemas GCP.
1. Harga yang lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian:
Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib
Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM
untuk emas 916 adalah RM161/gram (belum termasuk upah).
Namun, harga
barang kemas GCP ketika artikel ini
ditulis (1/11/2013 @ 4.15 pagi) hanyalah RM144.92
segram! Dengan kata lain pembeli dapat berjimat sehingga RM16.08 segram.
Bermakna, sekiranya anda membeli rantai tangan melur GCP 30g hari ini..anda
jimat sebanyak RM 482.4!
2. Tidak ada kos upah tukang (workmanship).
Barang kemas GCP
tidak mempunyai kos upah tukang. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimumkan keuntungan
kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa GCP.
3. Penghantaran
PERCUMA
Pembeli tidak perlu
memikirkan kos penghantaran yang perlu dibayar kerana perkhidmatan terbaik GCP
menawarkan `free postage` sehingga melangkaui Sabah dan Sarawak. Segala kos dan
risiko ditanggung oleh pihak GCP. Namun sehingga kini setelah hampir 5 tahun
beroperasi dengan hampir 5000 orang pengedar seluruh Malaysia,Alhamdulillah barang
kemas selamat sampai ke tangan pembeli.
4.
Kualiti emas 916 dan 999.9
Barang kemas GCP mempunyai
kualiti 916 (22 karat) dan 999.9 (24 karat). Ia membolehkan para pembeli
mempunyai pilihan terbaik untuk simpanan dan pelaburan. Namun, barang kemas 916
lebih praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah
lebih keras berbanding emas 999.9.
5.
Reka bentuk yang padu dan tebal.
Bagi memastikan produk
barang kemas tahan lasak, GCP memilih reka bentuk yang padu dan tebal. Ini bagi
mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok.
Ketahanan adalah aspek
penting bagi produk GCP. Selain itu, reka bentuk yang padu akan memberikan
bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.
6.
Reka bentuk tanpa batu permata. 100% emas padu.
Produk barang kemas GCP tidak
mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi
ini akan memaksimumkan keuntungan apabila anda menjual balik barang kemas ini
kepada GCP.
Nota penulis: Pihak GCP
juga ada mengeluarkan produk barang kemas dengan batu permata yang bling bling.
Jadi, para pembeli juga mempunyai pilihan yang terbaik mengikut citarasa mata
dan hati J
7.
Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.
Barang kemas boleh
digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.
Jadi, selain daripada memakai barang kemas sebagai perhiasan anda boleh
mencairkannya kepada tunai untuk modal perniagaan atau aktiviti yang boleh
menjana keuntungan.
No comments:
Post a Comment