Thursday, 10 September 2015

10 SEBAB Kenapa Mesti SHOPPING @ Khaulah Emas

Apa kelebihannya berbanding beli di pasaran biasa?

1. Murah sangat. 
Penjimatan berganda. 

2. Tiada upah tukang. 
Kenapa bayar lebih? 

3. Syarikat bumiputra muslim 100%. 
Sokong perniagaan orang Islam kita,mereka bayar zakat. 

4. Bersistem 
Boleh tempah 24 jam 7 hari seminggu dan harga berubah 2 kali sehari. 

5. Stok mudah didapati. 
Konsep Tempah-Bayar-Tunggu. 

6. Calar, bengkok, buka plastik diterima. 
Dinilai pada berat dan ketulenan,bukan pada rupanya. 

7. Setiap belian disertakan sijil dan resit. 
Boleh dipercayai (trusted),jika tidak,anda boleh ambil tindakan. 

8. Mempunyai pengedar di seluruh Negara. 
Nak jumpa pun boleh untuk membeli by hand dan penerangan lebih lanjut.
 Call/sms /Wassap +6011 1639 4949 

9. Kos penghantaran PERCUMA 
Kalau boleh jimat masa,tenaga dan kos,apa lagi yang anda inginkan? 

10. Rundingan dan bimbingan PERCUMA 
Tidak perlu bayar walaupun sebenarnya ianya PRICELESS.

Untuk membuat pembelian, sila ke:

http://www.khaulahgold.com/v0/galeri


Kemudian SMS@Whatsapp@Viber @ wechat saya di:

 Call/sms /Wassap +6011 1639 4949  

***********************************************************

Khaulah Emas juga menawarkan tempahan harga kilang bagi 1 bulan.





Rajah 1: Patern Emas yang boleh ditempah..Padu 916 & 999



Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di:


 Call/sms /Wassap +6011 1639 4949 
Fanpage: Khaulah Emas 916 & 999
FB Personal: abukhaulah78





Monday, 10 February 2014

Cara Membeli Emas & Melabur Emas Yang Betul & Selamat


Pelaburan emas memerlukan cara membeli emas dan cara melabur emas atau teknik yang betul dan selamat agar kita dapat memaksimakan kuntungan dalam pelaburan emas fizikal.Sebelum melabur emas atau membeli emas jongkong atau syiling dinar kita mesti memeriksa syarikat terbaik, sah , “spread” (beza harga jual dan beli yang rendah, kemudahan menjual balik dan sbagainya.
Seterusnya anda perlu menggunakan cara teknik yang betul,utama,benar dan selamat seperti di bawah :
1. Hanya Beli Emas Fizikal
Hanya beli emas fizikal yang boleh anda pegang di tangan, iaitu beli emas dapat emas bukan beli emas dapat nombor. Sebab mengapa anda perlu beli emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.
Pertamanya, ia mengurangkan risiko anda ditipu. Beli emas tetapi tidak dapat emas, hanya dapat lihat nombor-nombor tercetak di atas slip (buku akaun emas / eft dan sebagainya).Entah betul atau tidak emas itu “benar-benar wujud”? Tidak anda ketahui! Jika bank tutup?(Tidak mustahil berlaku, malah pernah berlaku). Apakah yang akan terjadi dengan nombor nombor yang tercatat pada slip akaun simpanan emas anda?.Jadi beli emas fizikal!
Keduanya, ia lebih selamat. Maksud saya, jika apa-apa berlaku kepada ekonomi negara, atau pihak syarikat/bank tempat anda beli emas itu (seperti ditutup). Anda tidak perlu risaukan apa-apa, sebab, emas tersebut masih di tangan anda! Dan emas, adalah sesuatu yang bernilai! Anda masih boleh menjualnya kepada pihak lain (walaupun anda mungkin rugi sedikit akibat perbezaan spread yang besar), tetapi anda masih boleh menjualnya!.
Jika suatu hari nanti, negara kita mengalami masalah hyperinflasi dan suasananya menjadi kacau-bilau! Anda mempunyai pilihan untuk berhijrah ke negara jiran denganmembawa emas-emas anda. Kemudian, gadaikan ia disana dan mulakan kehidupan yangbaru! (Seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelarian Vietnam ketika perang dulu!).Berbeza jika anda membawa wang kertas Malaysia ke luar negara dan cuba tukarkannya dimoney exchanger, ianya mungkin sudah tidak diterima kerana sudah tidak begitu bernilai,ataupun anda hanya akan mendapat nilai yang sangat kecil sahaja. Jadi beli emas fizikal!
Ketiga, Penggandaan wang. Hanya emas fizikal kita boleh buat menggandakan wang atau emas yang paling banyak. Iaitu dengan cara pajak emas di Arrahnu atau bank. Pajak emas paling banyak dapat pinjaman iaitu 65% hingga 80% daripada nilai emas. Jika kita pajak tanah kita di bank hanya dapat 50% daripada nilai tanah sahaja. Kenapa ? Sebabnya pihak bank atau dunia mengetahui emas akan sentiasa meningkat harganya. Jadi beli emas fizkal sekarang.. Dan teknik ini, hanya boleh dilakukan jika anda memiliki dan memegang emas tersebut di tangan anda!.Kalau emas yg jenis dalam buku simpanan bank, memang tak boleh. Jadi belilah emas fizikal!

2. Membeli Emas Hanya Sebahagian Sahaja Daripada Wang Anda.
Walaupun pelaburan emas ini sangat menguntungkan, tetapi, usahlah menjadi terlalu fanatik (atau tamak sebenarnya), dan melaburkan kesemua wang anda kepada emas. Sebaik-baiknya hanya melabur 50% wang anda. Jangan sesekali melupakan hukum pelaburan.. “Don’t put all your eggs in one basket”.. jadi.. berpada-pada lah. Gunakan sebahagian lagi wang anda untuk pelaburan lain seperti tanah, rumah, kebun atau perniagaan. Tujuan utama yang lain adalah jika harga emas turun, anda boleh lagi membeli jongkong emas agar merendahkan harga emas anda melalui konsep pemurataan harga.
3. Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah
Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..
“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800. Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga” benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..atau beli 1 gram goldbar 1 bulan, cukup 12 bulan..anda sudah memiliki 12g goldbar!!
“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”
Ada 2 pilihan disini!..
Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.
Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2 bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.
4. Beli Emas Yang Mudah Di jual beli, Tidak Cerewet Dengan Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah

Emas yang tidak cerewet yang saya maksudkan ialah, emas yang tidak jatuh nilainya walaupun sudah tercalar, bengkok, dibuka sampul plastiknya atau sebagainya, tetapi, pihak penjual emas tersebut masih sedia untuk membelinya semula dengan harga yang tinggi!. Manakala emas yang mudah dijualbeli pula bermaksud, emas tersebut senang dibeli dan dijual semula dimana-mana lokasi kerana terdapat ramai pengedarnya. Untuk memudahkan anda menjual emas yang ada, mohon hubungi saya (013 3882524) untuk saya beli emas tersebut dengan harga tinggi ;)
5. Jangan terlalu mudah menjual Semula Emas Anda
Walaupun emas itu boleh dijual semula dengan mudah, tapi saya nasihatkan, seboleh bolehnya,jangan jual emas anda Ini kerana, kemungkinan besar, selepas anda menjual emas anda itu, anda mungkin sudah tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga yang pernah anda beli suatu masa lalu.. ini kerana, harga emas sentiasa meningkat . Jadi, jika anda ingin menjual emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang betul-betul kukuh mengapa anda perlu menjualnya. Tetapi, jika anda cuma terdesak nak pakai duit buat sementara waktu! Cara yang lebih baik..adalah dengan memajakkan emas tersebut! Dan bukan menjualnya! Itu lebih baik.
6. Jangan “saja-saja” pajak emas anda
Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab tak ada kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan. Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh, antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakan emas anda, adalah..
1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda
2. Ingin membeli lebih banyak emas
3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta
rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.
Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.
Penutup
Itulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, belilah apabila anda sudah cukup duit, beli emas pada harga rendah seperti harga sekarang dan buat pinjaman peribadi untuk beli emas pada masa yang sesuai seperti sekarang. Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank atau tidak mmbuat pinjaman peribadi. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Gandakan wang dengan membeli emas atau membuat pinjaman peribadi membeli emas fizikal. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.
Credit to http://www.hargaemas.com.my/
Perunding Emas Anda
Kamal Din
013 388 2524

11 SEBAB Mengapa Kita Semua Perlu Simpan Emas


1. Keselamatan (Security)
Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.
2. Perlindungan (Protection)
Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.
3. Mudah Dicairkan (High Liquidity)
Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi. =)
4. Menguntungkan (Profitable)
Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.
5. Mudah Dipindahkan (Portable)
Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.
6. Tahan Lama (Durable)
Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.
7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)
Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.
8. Sangat peribadi (Total Privacy)
Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve. Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun spread yang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang atau memajaknya. Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu. Dan sebagai orang Islam,ada banyak keraguan yang membuatkan semakin ramai orang Islam tidak lagi membeli emas secara akaun simpanan.
Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas. Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.
9. Risiko rendah (Low Risk)
Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan langsung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.
p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainya.
10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)
Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baik pulih, kos ‘maintenance’, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, “If you choose fine gold, fee become free..!”. Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan mungkin terjadi.
11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride)
Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula. Jadi, sudah berminat untuk memulakan simpanan emas?? =)
by cikgusimple JutawanGold
sumber : http://www.jutawangold.com/mengapa-kita-semua-perlu-simpan-emas/

Saturday, 25 January 2014

TIPS PAJAK EMAS DI AR-RAHNU



1. Pastikan semasa pajak emas anda gunakan 1 borang untuk 1 emas supaya untuk anda tebus emas anda 1 per 1.

2. Pajak mengikut modal yang anda perlukan sahaja.

3. Pastikan anda tebus emas anda secepat mungkin, jangan tunggu sehingga tempoh matang 6 bulan untuk menjimatkan kos upah simpan.

4. Pastikan anda memilih masa yang sesuai untuk memajak . Masa sesuai ialah semasa harga emas tengah jatuh dan yang paling penting sekali jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya.

5. Pastikan anda menjaga nama baik anda daripada di'blacklist' .


Dapatkan lain-lain TIP PELABURAN, SIMPANAN & BISNES EMAS yang SEBENAR di buku/ebook BELAJAR ILMU EMAS DALAM 10 BAB

Apa yang akan anda pelajari?

- FAKTA dan SEJARAH tentang emas.
- Perkaitannya dengan wang kertas yang WAJIB diketahui
- KEISTIMEWAAN emas
- Jawapan mengapa harga emas dikatakan MAHAL
- 10 SEBAB anda harus menyimpan emas
- 6 SOALAN Popular
- TIP:Berapa banyak perlu simpan emas dan perak?
- TIP khas Penyimpan,Pelabur dan Peniaga
- Konsep Modal dalam simpanan emas:Perlu atau tidak?
- Kajian :Emas sebagai Simpanan atau Pelaburan
- Tip Menabung Emas
- Panduan Menabung Emas tanpa perlukan MODAL
- Panduan Meningkatkan Simpanan Emas Keluarga
- 3 Langkah awal menceburi bidang emas
- 3 Cara menjana keuntungan dengan meniaga emas
- Tip :Menjadi pengedar emas yang HEBAT
- Tip :Pemasaran online & dan pemasaran offline yang berkesan
- 13 SEBAB anda harus jadi pengedar emas
- Kenali 7 Ketakutan masyarakat kepada emas
- 7 JANGAN dalam emas
- Perbandingan emas dengan aset lain.
- Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas
- 10 keraguan terhadap emas yang telah terjawab
- 4 Tip membuat simpanan dan pelaburan emas yang SELAMAT

- Ketahui apa itu
# Skim cepat kaya
# Bagaimana mengesan skim cepat kaya
# Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak
# Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda menjadi mangsa?

- 9 Tip untuk elak dari terjebak dengan skim dan scam emas
- 12 Artikel terbaik tentang emas
- 3 Teknik termudah beli dan simpan emas
- RAHSIA Spread dan 5 kaedah menjual emas
- Tip HEBAT menjual EMAS tanpa ada susut nilai
- 2 Teknik Kutu Emas yang boleh aplikasi secara online dan offline.
- RAHSIA membina kredibiliti sebagai pengedar emas.
- RAHSIA menjadi penyimpan secara konsisten yang berjaya

MILIKI SEKARANG!!

:: PAKEJ RM99 (Versi Digital) ::
Dengan pakej ini anda mendapat E BOOK BELAJAR ILMU EMAS DALAM 10 BAB dan 9 Bonus PERCUMA iaitu:
# Bonus 1: Percuma Buku BELAJAR ILMU EMAS DALAM 10 BAB
# Bonus 2: Rahsia spread + Teknik Kutu /Ansuran Emas
# Bonus 3: Bimbingan di Group FB khas untuk membimbing anda.
# Bonus 4:Artikel terbaik tentang emas yang MESTI anda baca
# Bonus 5: Menerima update terkini di support Ggroup FB.
# Bonus 6: Power point seminar emas
# Bonus 7: Tools marketing untuk pengedar emas online
# Bonus 8: Power point training dealer (1 slide)
# Bonus 9: Rakaman radio tentang emas sebanyak 3 Siri

:: PAKEJ RM39 (Versi Fizikal) ::
Dengan pakej ini anda mendapat BUKU BELAJAR ILMU EMAS DALAM 10 BAB dan Keahlian ke Support group kendalian penulis.

CARA MEMBELI
Sila PM admin.

013 3882524

Thursday, 31 October 2013

Simpanan EMAS melalui Barang Kemas


Antara produk emas yang dikeluarkan oleh GCP ialah barang kemas 916 & 999, dinar dan jongkong(goldbar).

Barang kemas amat sesuai jika dijadikan simpanan emas bagi jangka masa sederhana dan panjang. Ini kerana barang kemas seperti rantai tangan dan leher mempunyai susut nilai yang tinggi iaitu dalam 25% sehingga 40%. Contoh mudah yang boleh kita lihat di sini seperti:

Rantai Tangan Pasir 10g yang dibeli pada hari ini 135/g = RM1350 . Dan jika dijual di mana-mana kedai emas pada, harganya akan menjadi RM1,012.5 sahaja kerana susut nilainya sebanyak 25%. Jadi, kita dah rugi RM337.5.

Berbeza jika kita menyimpan barang kemas tadi untuk tempoh masa 7 tahun dari sekarang kerana harga emas pada masa itu mampu mencecah 500/g. Mari kita lihat untung @ rugi sekiranya kita menjualnya.

Harga Rantai Tangan Pasir 500/g x 10g   = RM5000.
Susut nilai 25%                                   = RM1250
Harga Semasa                                     = RM3750 ( Untung RM2400)


Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”

Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan simpanan dan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli goldbar, syiling emas dan juga dinar emas”.

Jadi, jika anda ingin membuat keuntungan melalui simpanan dan pelaburan barang kemas maka anda perlu memilih barang kemas terbaik. Ini membolehkan anda memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas tersebut.

Kelebihan dan kelemahan membuat pelaburan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.

2. Kelebihan daripada segi zakat emas (sila rujuk bab zakat emas dan perak).

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

Kelemahan barang kemas.
1. Harganya lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM.

2. Ada kos upah tukang. Upah ini pula bergantung kepada reka bentuk barang
kemas tersebut. Semakin sukar reka bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.

3. Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding goldbar dan dinar (antara 25% sehingga 40%)

4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek).

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Ini kerana ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan.

6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata. Ini kerana kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja. Batu permata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan kembali.

Bagaimana memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas.

Tip 1: Selidik sama ada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my). Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun ada kedai emas yang menjual emas di bawah harga FGJAM. Yang penting anda perlu bertanya. Cara mudah untuk dapatkan info harga emas, sila sms GCP BUY dan hantar ke 32828 @ PM saja saya ke 013 3882524 (24 jam).

Tip 2: Selidik kos upah tukang untuk reka bentuk kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian anda boleh tawar-menawar untuk mendapat harga upah terbaik.

Katakan anda sukakan sebentuk cincin di bawah, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang untuk reka bentuk tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang di antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun reka bentuk adalah sama (sehingga 100% perbezaan).


 Gambar: Cincin 916

Adakalanya, kos yang perlu anda bayar bagi upah tukang ni dari RM40 sehingga RM400. Wow, banyak tu..

Namun anda boleh jimat 100% dari menanggung kos ini dengan hanya mendapatkan barang kemas pilihan hati anda melalui saya sahaja. Tanpa Kos Upah Tukang dan Penghantaran PERCUMA.

Cara mudah untuk membeli barang kemas anda, hanya klik di sini:

Tip 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Gred emas untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas di bawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).

Ini kerana, ramai para pembeli yang tertipu dengan mutu barang  kemas yang dibeli dek kerana harga yang ditawarkan amat rendah dan murah berbanding harga di kedai-kedai emas yang lain.


Tip 4: Pilih rekabentuk yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang lebih tebal dan kasar.

Elakkan reka bentuk yang nipis @ halus. Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi. Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susut nilai 25%.

Satu lagi kelebihan reka bentuk emas yang padu ialah ia boleh memberikan bacaan ketumpatan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada Ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas yang tepat.


Gambar: Rantai Tangan 916 (22 karat) 27.89g


Tip 5: Pilih reka bentuk tanpa sebarang batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas di bawah gred 916 dan ada batu permata. Ini kerana barang kemas yang mempunyai batu permata tidak boleh diuji menggunakan mesin densimeter. Kemudian apabila anda jual balik kedai emas akan mentafsirkan nilai barang kemas anda berdasarkan berat emas sahaja.

Tip 6: Pilih kedai yang boleh membeli balik emas mereka dengan nilai yang lebih baik. Walaupun susutnilai di kedai emas adalah antara 25% sehingga 40% namun tidak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan jika mereka membeli balik barang kemas mereka dengan harga yang lebih baik. Anda boleh mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai
berkenaan (resit asal mungkin perlu disertakan semasa menjual balik).

Contoh terbaik barang kemas untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
Setelah membaca tip di atas, saya pasti anda sudah pandai memilih barang kemas yang terbaik dan mampu memberikan pulangan maksimum kepada anda

Di sini saya ingin memberikan contoh terbaik barang kemas yang boleh memaksimumkan keuntungan anda.

Kelebihan barang kemas GCP.

1. Harga yang lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM161/gram (belum termasuk upah).


Namun, harga barang kemas GCP  ketika artikel ini ditulis (1/11/2013 @ 4.15 pagi) hanyalah RM144.92 segram! Dengan kata lain pembeli dapat berjimat sehingga RM16.08 segram. Bermakna, sekiranya anda membeli rantai tangan melur GCP 30g hari ini..anda jimat sebanyak RM 482.4!

2. Tidak ada kos upah tukang (workmanship).
Barang kemas GCP tidak mempunyai kos upah tukang. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimumkan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa GCP.

3. Penghantaran PERCUMA
Pembeli tidak perlu memikirkan kos penghantaran yang perlu dibayar kerana perkhidmatan terbaik GCP menawarkan `free postage` sehingga melangkaui Sabah dan Sarawak. Segala kos dan risiko ditanggung oleh pihak GCP. Namun sehingga kini setelah hampir 5 tahun beroperasi dengan hampir 5000 orang pengedar seluruh Malaysia,Alhamdulillah barang kemas selamat sampai ke tangan pembeli.

4. Kualiti emas 916 dan 999.9
Barang kemas GCP mempunyai kualiti 916 (22 karat) dan 999.9 (24 karat). Ia membolehkan para pembeli mempunyai pilihan terbaik untuk simpanan dan pelaburan. Namun, barang kemas 916 lebih praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9.

5. Reka bentuk yang padu dan tebal.
Bagi memastikan produk barang kemas tahan lasak, GCP memilih reka bentuk yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok.

Ketahanan adalah aspek penting bagi produk GCP. Selain itu, reka bentuk yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

6. Reka bentuk tanpa batu permata. 100% emas padu.
Produk barang kemas GCP tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimumkan keuntungan apabila anda menjual balik barang kemas ini kepada GCP.

Nota penulis: Pihak GCP juga ada mengeluarkan produk barang kemas dengan batu permata yang bling bling. Jadi, para pembeli juga mempunyai pilihan yang terbaik mengikut citarasa mata dan hati J



7. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.

Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal. Jadi, selain daripada memakai barang kemas sebagai perhiasan anda boleh mencairkannya kepada tunai untuk modal perniagaan atau aktiviti yang boleh menjana keuntungan.

Friday, 4 October 2013

Di mana Anda?



 
Saya Seorang Yang Celik Emas

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula.

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

6.Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7.Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.

Sabda Nabi Muhammad SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”

-Riwayat At Tarmizi

Saya Seorang  Peminat Emas

1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas

2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas

3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas

4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Saya Seorang Yang Buta Emas

1.Tidak tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.

2.Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas

3.Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.
4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada caranya.

5.Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)

6.Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.